Antara kelebihan wanita mengandung Untuk hamil, bukan perkara yang mudah, pelbagai proses harus dilalui..Yang paling penting ialah tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah SWT. Ada tak ibu-ibu yang kat sini pernah mengeluh kerana ketidakselesaan/kepayahan yang dilalui semasa hamil? mesti adakan termasuklah tuan yang bercakap ni..huhuhu Setiap kepayahan dan kesusahan yang dilalui oleh si ibu akan dibalas dengan kebaikan dan ganjaran oleh Allah, Oleh itu ibu-ibu semua sabar adalah yang terbaik... (sebenarnya ayat pujuk diri sendiri)huhu Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Antara Kelebihan Wanita Mengandung 1. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT a...