Skip to main content

Kelebihan Wanita Mengandung


Antara kelebihan wanita mengandung


Untuk hamil, bukan perkara yang mudah, pelbagai proses harus dilalui..Yang paling penting ialah tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah SWT.

Ada tak ibu-ibu yang kat sini pernah mengeluh kerana ketidakselesaan/kepayahan yang dilalui semasa hamil? mesti adakan termasuklah tuan yang bercakap ni..huhuhu

Setiap kepayahan dan kesusahan yang dilalui oleh si ibu akan dibalas dengan kebaikan dan ganjaran oleh Allah, Oleh itu ibu-ibu semua sabar adalah yang terbaik...(sebenarnya ayat pujuk diri sendiri)huhu



Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: 
Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. 
(Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 



Antara Kelebihan Wanita Mengandung

1. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
2. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil
3. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah
4. Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji
5. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
6. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
 7. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya
8. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
9. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Kelebihan bagi wanita-wanita mengandung yang mengalami mual atau muntah terutamanya di awal kehamilan:
1. Risiko keguguran lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya.

2. Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir.
3. Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual.4. Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.
5. Lebih tingginya berat lahir.
6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan.
7.Ukuran plasenta bertambah - Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin tersedianya makan dan oksigen yang sihat.

Sumber : Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.

Nikmat mengandung dan melahirkan anak adalah nikmat yang cukup berharga yang dikurniakan Allah SWT kepada wanita. Pengalaman selama tempoh mengandung dan melahirkan adalah cukup indah dan berharga. Tempoh mengandung adalah detik emasyang seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh bakal ibu dan ayah. Semasa mengandung, bakal ibu sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah antaranya bertaubat kepada Allah SWT, membanyakan zikir dan doa serta membaca Al-Quran. Setiap surah yang ada di dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya tersendiri. Antara surah amalan ketika mengandung ialah surah al-Fatihah, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.
Surah al-Fatihah
Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara mazmumah..
Surah Yusuf
Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian
Surah Luqman
Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, insya-Allah.
Surah Maryam
Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.
Dipetik dari Buku Amalan Surah Ibu Mengandung, terbitan Inteam Publishing Sdn Bhd

Comments

Popular posts from this blog

suke giler dgn zack x factor

full Name : Zachery Anak Francis Ubu Place of birth : Kuching,Sarawak Race : Others Language : Malay Career : Actor, Singer Skill : Acting, Singing He start his career in entertainment industry as a singer of a group X-Factor unber KRU label. Then he start acting in some dramas and movies. His handsome face really adorable. He has a muscular body but it's hard to get any of his shirtless pics. He is a Sarawakian native.

ARTIKEL MENGENAI ALONG SPOON

Pejam celik pejam celik, dah hampir 10 tahun Along Spoon meninggalkan kita semua.saya percaya sesiapa yang membesar di pertengahan tahun 1990-an pasti tidak dapat melupakan nama ini. Masa tu memang sedih bila nengok Buletin Utama bila ibu kandung Along tetap percaya yang anaknya masih hidup dan akan kembali suatu hari lagi sedangkan DNA mengesahkan yang mayat tersebut sememangnya Along. Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999. Along dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya di buang di dalam gaung tersebut. Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja. Masihkah anda ingat mengapa Along dibunuh? Saya tidak mahu sebutkan kerana menghormati orang yang sudah t...

Anak Meninggal sebelum baligh

Aku nak kongsikan kisah “anak yang mati sebelom baligh”,mereka menanti ibu dan ayah mereka nanti di pintu syurga dgn membawa air untuk ibu ayah... kalau ALLAH nak uji hampa dgn Dia ambik zuriat hampa,jangan sedih,jgn cakap ALLAH tu kejam..sebab ada hikmah kenapa dia ambik,1 sebab nya Dia sayang zuriat tu,2 sebab zuriat yang meninggal tu la yang akan tolong kita di akhirat kelak... "Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud) Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barza...