Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Kelebihan Wanita Mengandung

Antara kelebihan wanita mengandung Untuk hamil, bukan perkara yang mudah, pelbagai proses harus dilalui..Yang paling penting ialah tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah SWT. Ada tak ibu-ibu yang kat sini pernah mengeluh kerana ketidakselesaan/kepayahan yang dilalui semasa hamil? mesti adakan termasuklah tuan yang bercakap ni..huhuhu Setiap kepayahan dan kesusahan yang dilalui oleh si ibu akan dibalas dengan kebaikan dan ganjaran oleh Allah, Oleh itu ibu-ibu semua sabar adalah yang terbaik... (sebenarnya ayat pujuk diri sendiri)huhu Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:  Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa.  (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)   Antara Kelebihan Wanita Mengandung 1. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatka

Lagi tentang Anak Meninggal

Diriwayatkan hadith dari 'Imran b Nafi' hadith dari Hafas b 'Ubaidillah hadith dari Anas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hendak mencari pahala dari tiga dari tulang rusuknya (yakni, anak zuriatnya) masuk dia ke dalam syurga.' Maka berdiri seorang prempuan, maka berkata dia: 'Atau, adakah dua?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Atau dua!'. Berkata seorang perempuan: 'Semoga mengharap aku, maka berkata aku: 'Atau satu (yakni, seorang)!' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah] Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yg kehilangan tiga orang anak kandungnya kerana meningal ketika kecil, maka, jika rida dia dan tidak meratus dia dalam kesedihaan atau kepiluan yg melampau, maka dia (kedua ibu bapa anak-anak tersebut) diberi ganjaran syurga. Begitu juga kalau meninggal dua orang anaknya. Dalam kes seorang ibu bapa yg meninggal seorang anaknya tidak disebutkan dalam hadith di atas it

Anak Meninggal sebelum baligh

Aku nak kongsikan kisah “anak yang mati sebelom baligh”,mereka menanti ibu dan ayah mereka nanti di pintu syurga dgn membawa air untuk ibu ayah... kalau ALLAH nak uji hampa dgn Dia ambik zuriat hampa,jangan sedih,jgn cakap ALLAH tu kejam..sebab ada hikmah kenapa dia ambik,1 sebab nya Dia sayang zuriat tu,2 sebab zuriat yang meninggal tu la yang akan tolong kita di akhirat kelak... "Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud) Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barza

Zulfa Haseena 5 Januari 2013

5hb Januari 3013...Lahir lah seorang bayi yang bernama Zulfa Haseena Binti Zulhimy...Berat  550g...tapi dia hanya dapat hidup selama 20 minit...kerana keadaan yang terlalu lemah...dia pergi meninggalkan aku untuk selamanya...Aku terima dengan tenang...mungkin sebab aku dah bersedia menerima berita ini....Walaupun muka ini tenang menerima...hati ini cuba untuk tabah..mata ini cuba menahan airmata...memang aku berjaya menahan segala perasaan ini...Melihat wajah dia...tenang rasa di hati...walaupun hanya sekejap...aku bahagia....7hb Januari 2013...Aku discharge....Aku harus mulakan hidup seperti biasa...pantang tanpa bayi di sisi...Aku redha...hanya selepas beberapa hari keluar hospital...aku dah tak tahan nak tahan airmata ni....hati yang tabah terus sebak....Aku harus kuat... She's gone....Haseena terima kasih kerana ada dengan umi walaupun hanya 5 bulan...Terima Kasih Allah kerana beri kesempatan aku merasa semua ini...merasa sakitnya bersalin...dan memahami erti pengorbanan s