Skip to main content

ARTIKEL MENGENAI ALONG SPOON

Pejam celik pejam celik, dah hampir 10 tahun Along Spoon meninggalkan kita semua.saya percaya sesiapa yang membesar di pertengahan tahun 1990-an pasti tidak dapat melupakan nama ini. Masa tu memang sedih bila nengok Buletin Utama bila ibu kandung Along tetap percaya yang anaknya masih hidup dan akan kembali suatu hari lagi sedangkan DNA mengesahkan yang mayat tersebut sememangnya Along. Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999. Along dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya di buang di dalam gaung tersebut.
Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja. Masihkah anda ingat mengapa Along dibunuh? Saya tidak mahu sebutkan kerana menghormati orang yang sudah tiada.
Along dan kumpulan Spoon meletup pada ketika itu dengan lagu seperti Rindu Serindunya dan Memori Sekuntum Rindu kini hanya tinggal kenangan, tetapi lagu-lagu’nya masih segar di hati peminat. Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada Along iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan vokal Along.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajak anda semua menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham Sabi’ul Malik. Jika arwah masih hidup ketika ini, arwah sudah berusia 29 tahun yang sudah tentu arwah akan terus berkarya dan memberi sumbangan kepada dunia hiburan kita. Mungkin juga akan wujud artikel di Oh! Artis mengenai perkahwinan Along atau something menarik yang dapat dikongsi bersama peminat.
Along, damailah engkau di sana. Frankly sepaking, kami amat merindui kenangan ketika Spoon megah di persada industri hiburan negara ini suatu ketika dulu.

KERATAN AKHBAR UNTUK FLASHBACK ANDA.

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi yang menyabit dan menjatuhi hukuman gantung terhadap seorang lans koperal atas tuduhan membunuh penyanyi kumpulan Spoon tidak sepatutnya menerima percakapan beramaran anggota polis itu sebagai keterangan.
Peguam Markhan Singh yang mewakili tertuduh Mohamed Ya’cob Demyati berkata, Mahkamah Rayuan perlu menolak percakapan beramaran anak guamnya kerana ia mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya diterima sebagai keterangan.
Katanya, perkataan itu juga tidak merujuk secara khusus kepada fakta kes, sebaliknya ia digunakan untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob, 42, terhadap pertuduhan.
Markhan Singh berhujah dalam rayuan anak guamnya terhadap hukuman mati dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban, 10 April 2002, terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along.
Beliau berkata, tindakan mahkamah menerima percakapan beramaran anak guamnya yang mengandungi perkataan “Mayat Along yang saya isi dalam guni telah saya campak ke tepi jalan ke Kuala Klawang dan saya setuju tunjukkan tempat itu” prejudis anak guamnya.
Katanya, berdasarkan kepada urutan gambar tempat kejadian yang dirakam jurugambar, polis terlebih dulu mengetahui tempat mayat Along ditemui sebelum keterangan mengenai kawasan itu diperoleh daripada Mohamed Ya’cob.
“Walaupun mengetahui dulu lokasi mayat, polis menggunakan Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob dengan pembunuhan bagi menunjukkan seolah-olah dia yang membawa mereka ke situ,” katanya.
Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.
Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu-Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, 6 Januari 2000.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop akan mendengar hujah pendakwa raya hari ini.
Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh dihadapkan ke tali gantung baru-baru ini. Nyawa dibalas nyawa, itu yang terbaik.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

suke giler dgn zack x factor

full Name : Zachery Anak Francis Ubu Place of birth : Kuching,Sarawak Race : Others Language : Malay Career : Actor, Singer Skill : Acting, Singing He start his career in entertainment industry as a singer of a group X-Factor unber KRU label. Then he start acting in some dramas and movies. His handsome face really adorable. He has a muscular body but it's hard to get any of his shirtless pics. He is a Sarawakian native.

Up To Date

Assalamualaikum....Bapak lama aku tak tulis blog...hahahah....giler kau...aku hari2 bz keje...balik kerja malam...kadang-kadang pukul 8...paling lewat pukul 10 mlm...atas pukul 10 malam dah jadi seram dah tinggal kat opis ni sorang-sorang.... Hahahahaha....okey sepanjang aku kerja sini...Aku dah keluar kereta aku sendiri atas hasil duit aku sendiri BMH ape ntah no plat dia aku tak hingat....hahahaha Myvi Putih...kejap lagi aku post gambar nye.... Sekarang agak risau juga sebab  aku ni boros juga....hahahaha...tapi takpe lah....Insha Allah semua yang di rancang berjalan dengan lancar Amin...Aku malas nak cite banyak...aku just share la...gambar2 eh...hehehe...    Hehe Dats my own property BMH 4738...  Guess who ?? hehe anak abg epulllll...comey kan ?   Nazirah wedding...haha...kau orang kedua kawin dlm group kita...ahakss BFF