Skip to main content

Sikap Orang Malaysia (sakit hati btol aku)


Setakat cakap je tak menjadi masalah. Yang masalah ialah apabila hendak menegur dan mengkritik. Kita hendak cakap benda baik, tetapi orang tidak mahu dengar. Manusia mne suke bila dia dikatakan salah. Dia rase terhinaa dan jatuh maruah.
Teguran dan kritikan memang baik untuk setiap manusia. Daripada teguran dan kritikanlah manusia jadi lebih baik dan bagus. Cuma kebanyakkan daripada kita tidak tahu cara menegur yang betul. Kita lebih banyak menyalahkan daripada menegur. Kita banyak menyakitkan daripada membaiki.
Apabila mengkritik, kritik perbuatannya, bukan dirinya. “Saya rasa tidak elok awak sidai baju di sini. Kurang panas.” Jangan pula kata, “Awak ni memang bodoh. Sidai baju tempat redup.” Manusia boleh mengubah perbuatannya, tidak dirinya. Apabila kita mengkritik diri, kita jatuhkan harga diri orang itu dan tidak memberi peluang untuk dia berubah. Dia tetap dia.
Apabila mengkritik, guna bahasa ‘saya’. Nyatakan bahawa ini adalah pendapat kita, perasaan kita dan cadangan kita. Ia bukan suatu serangan atau tuduhan daripada entah siapa-siapa. “Saya tidak suka awak pakai baju ini.” “Hodonya awak.” Manusia boleh menimbang saranan tetapi akan terus bersikap mahu berlawan apabila diserang. Kritikan kita tidak berguna jika ia menyerang orang yang dikritik.
Apabila mengkritik, biar jelas dan terang. Kita selalu kata, “Saya hendak awak datang awakl.” “Awak tidak romantik.” Sepatutnya kita berkata, “Saya hendak awak datang jam 8 pagi.” Atau pun “Saya suka apabila awak beri bunga kepada saya.”
Awal, lewat, romantik dan tidak bertimbang rasa, sebagai contoh, adalah perkataan yang sangat subjektif. Ia berbeza mengikut penilaian setiap manusia. Nyatakan, jelaskan, barulah orang boleh bertindak mengikut saranan kita. Jika tidak dia akan ikut kepala dia.
Paling penting jika hendak mengkritik orang, guna prinsip 9 kali puji, 1 kali kritik. “Awak pandai memilih pakaian. Lawa. Kena dengan bandan awak yang kecil molek. Mekap awak cukup-cukup saja. Manis. Tas tangan yang awak baru beli itu pun padan dengan penampilan awak. Nampak ekslusif. Awak sopan-santun dan lemah lembut. Ciri wanita yang sangat memikat. Kalau awak tutup aurat, tentu lebih menarik lagi.” Ingatlah kritikan untuk menaikkan nilai diri, bukannya untuk menjatuhkan maruah peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

suke giler dgn zack x factor

full Name : Zachery Anak Francis Ubu Place of birth : Kuching,Sarawak Race : Others Language : Malay Career : Actor, Singer Skill : Acting, Singing He start his career in entertainment industry as a singer of a group X-Factor unber KRU label. Then he start acting in some dramas and movies. His handsome face really adorable. He has a muscular body but it's hard to get any of his shirtless pics. He is a Sarawakian native.

ARTIKEL MENGENAI ALONG SPOON

Pejam celik pejam celik, dah hampir 10 tahun Along Spoon meninggalkan kita semua.saya percaya sesiapa yang membesar di pertengahan tahun 1990-an pasti tidak dapat melupakan nama ini. Masa tu memang sedih bila nengok Buletin Utama bila ibu kandung Along tetap percaya yang anaknya masih hidup dan akan kembali suatu hari lagi sedangkan DNA mengesahkan yang mayat tersebut sememangnya Along. Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999. Along dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya di buang di dalam gaung tersebut. Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja. Masihkah anda ingat mengapa Along dibunuh? Saya tidak mahu sebutkan kerana menghormati orang yang sudah t...

Anak Meninggal sebelum baligh

Aku nak kongsikan kisah “anak yang mati sebelom baligh”,mereka menanti ibu dan ayah mereka nanti di pintu syurga dgn membawa air untuk ibu ayah... kalau ALLAH nak uji hampa dgn Dia ambik zuriat hampa,jangan sedih,jgn cakap ALLAH tu kejam..sebab ada hikmah kenapa dia ambik,1 sebab nya Dia sayang zuriat tu,2 sebab zuriat yang meninggal tu la yang akan tolong kita di akhirat kelak... "Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud) Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barza...